Kita tidak pernah cuba malahan saya sendiri untuk cuba membuka tingkap jiwa sendiri untuk meneroka kedalam ia,cuba untuk mengenali dan memahami apakah bebanan yang telah jiwa tempuhi dalam tempuh masa tertentu.Jika komputer atau laptop sudah barang pasti kita akan menghantar ke kedai untuk diformat bagi memulihkan semula pengoperasian perisian nya. Mengapakah kita sendiri tidak pernah cuba untuk memulihkan semula keadaan bebanan jiwa yang telah sekian lama berkhidmat bakti kepada kita saban tahun.
Erm, bagaimana kah nak format minda nie?kena hantar ke kedai kah?Sudah pasti tidak jawapannya.Saya cadangkan jika anda mempunyai stress jiwa melampau sila berjumpa pakar kaunselling atau pakar jiwa secepat mungkin,usah kita biarkan jiwa merana dan menderita.Kita masih memerlukan jiwa yang sihat selagi kita masih bernyawa. Tiada gunanya hidup ini jika kita tidak mempunyai jiwa yang sihat walaupun mempunyai akal yang waras yakni mampu menguruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Saya sendiri masih tercari-cari formula untuk menjadi insan yang mampu menguasai jiwa supaya kita mampu berdepan dengan apa jua cabaran dengan penuh tenang dan kesabaran.Dunia masa kini adalah dunia mencabar,dunia yang menuntut perubahan berlaku secara cepat sehingga belum pun sempat jiwa ingin menyesuaikan diri,telah berlaku perubahan drastik yang baru.Sedangkan jiwa kita masih belum bersedia untuk menghadapi perubahan itu.
Perkara terbaik adalah kita kena minta jiwa bertenang, dan cuba rehatkan minda sebentar dari kesibukan kerja atau apa jua permasalahan yang baru sahaja timbul. Kemudian kita jangan terlalu mengharap bahawa selepas selesai tugasan atau masalah ini tidak akan timbul lagi tekanan baru.Tolong jangan sesekali memikirkan keadaan seperti itu,kerana dunia sekarang berkehendakan kita berubah secara drastik.Jika kita beragama sila jadikan kepercayaan hati dan jiwa kepada Allah atau tuhan untuk menundukkan jiwa yang sedang marah akibat dari perubahan drastik. Mungkin kita tidak sedar bahawasanya jiwa kita sentiasa memberontak tiap kali berlaku keadaan memerlukan perubahan yang cepat. Selebihnya kita hadapi apa jua permasalahan yang mendatang dengan tenang kerana ia hanya datang sekali saja dengan penuh angkuh jika masalah itu datang untuk kali ke dua dan seterusnya ia tidaklah mempunyai kuasa ke atas jiwa dan diri kita.
Sayangi perasaan dan jiwa anda,tuntutan dunia masa kini yang memerlukan kita semua mempunyai jiwa dan minda yang cukup kuat untuk menghadapi cabaran dari lautan kehidupan yang penuh geloranya.








