Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Monday, March 22, 2010

Kembali berdarah luka di hati =(

Posted by nuriman kasih


Pagi tadi aku membuka email ku,di inboxnya aku melihat satu pesanan dari orang yang aku tidak nanti-nantikan pesanannya. Pesanan darinya sangat menyakitkan hati dan perasaan aku. Lantas aku menjawab aku tidak kenal siapa dirimu dan hantar.Tidak lama selepas itu dia membalas pesanan itu, kata-kata yang kesat dan menyakitkan dilemparkan kepadaku.Aku balas aku tidak kenal dia dan hantar. Aku menerima lagi balasan pesanan dari dia,kata-kata yang sama tetapi lebih kesat dan kurang ajar. Aku terdiam inikah manusia yang pernah aku beri kasih sayang dahulu, yang aku beri kepercayaan. Dia terlalu membenci ku kerana aku mengganggu keluarganya.Perlukah aku mengikut kata-kata orang tidak waras seperti dia dan memutuskan hubungan sesama islam.
Aku kehilangan sabar sehingga terlintas difikiran ku untuk mengenakan dia ilmu hitam.Aku terlalu geram,untunglah aku ini tidak pandai ilmu tersebut jika tidak memang sudah aku kenakan dia cukup-cukup dan aku pastinya akan dibakar api neraka di akhirat kelak kerana tidak mampu mengawal api kemarahan ku didunia ini. Bersyukur kepada Allah swt kerana aku masih dibawah perlindungan Mu Ya Allah,aku masih lagi mampu bersabar dengan sikapnya.Tetapi sampai bila?Andai dia memaki hamun ku lagi dengan kata-kata kesat adakah aku mampu untuk menahan kesabaranku. Biar masa menentukan segala-galanya.Aku berserah pada Mu Ya Allah lindungi aku dari amarahku.

0 comments:

Post a Comment