Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday, March 23, 2010

KERISAUAN

Posted by nuriman kasih



Apakah itu kerisauan? Adakah ia satu perasaan yang tidak baik untuk kesihatan mental dan juga kualiti hidup kita? Kerisauan adalah satu perasaan yang baik sebagai respon diri terhadap sesuatu keadaan. Contohnya seorang atlet dia sangat risau untuk menghadapi satu kejohanan sukan, kerisauan itu akan mendorong dia untuk lebih bersedia menghadapi perlawanan dan dia akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu. Contoh lain pula, pelajar yang cemas ketika menghadapi peperiksaan akhir. Perasaan itu akan mendorong otak untuk bersedia menghadapi dengan cara menyiapkan diri dengan mengulangkaji pelajaran.

Kerisauan bukan sesuatu yang tidak baik ia baik untuk diri kita supaya kita akan lebih peka terhadap sesuatu keadaan.Takut juga adalah baik untuk mempertahan kan diri,bayangkan seseorang yang tidak takut langsung sudah pasti ia akan memudaratkan diri mereka sendiri.

Namun begitu, akan menjadi masalah apabila kerisauan ini menghadkan aktiviti kehidupan seharian kita,ia akan menyebabkan kualiti hidup semakin berkurangan. Apabila kualiti hidup tidak baik maka ia akan menjejaskan kehidupan kita secara total.

Terdapat cara-cara untuk mengatasi kerisauan ini,namun saya lebih suka untuk mengadaptasikan kepada cara kita orang islam.

1. Tidak lain lagi cara yang paling utama adalah kita lebih mendekatkan diri dengan Allah swt. untuk lebih baik sentiasa berwuduk. Kerisauan yang melampau boleh jadi datang dari godaan syaitan. Apabila kita sentiasa ingat Allah,kita akan lebih dipelihara dan dijaga.

2. Berbuat baik dan memaafkan. Perkara pertama jika kita masih ada ibu bapa, kita hendaklah lebih merapatkan hubungan dengan mereka.Kadang-kadang tidak tenang kerana ada perkara yang telah kita lakukan tanpa disedari telah melukakan hati mereka. Jika itu yang berlaku,pasti jiwa tidak tenang. Maka tindakan yang terbaik minta ampun dan bina semula kemesraan dengan mereka.

3. Elakan perkara,tempat atau individu yang boleh membuatkan kita risau.

4. Belajar untuk menerima sesuatu keadaan yang tidak menentu. Maksudnya,harus mendidik jiwa bahawa setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah swt, apa-apa sahaja boleh berubah dengan sekelip mata.Sama ada perubahan yang positif atau negatif kena menerima dengan tenang, atau boleh dikatakan konsep redha terhadap sesuatu perkara yang terjadi.

5. Mengamalkan cara hidup yang sihat,tidak merokok dengan jumlah yang banyak jika anda adalah perokok,jangan mengambil alkohol yang tinggi, memakan apa-apa sahaja pil yang dikatakan boleh memberi ketenangan,tidur dengan secukupnya dewasa 7 jam, tidak mengambil kafien dengan jumlah yang banyak.

Walaubagaimanapun setiap apa jua keadaan diri kita,kelemahan diri hanya kita yang tahu cara untuk memperbaikinya,kerana itu adalah diri kita.Belajar untuk kenali diri dan sayangi diri sendiri.Barulah kita akan menemui jawapan yang baik untuk kita.

(^_^)

0 comments:

Post a Comment