Aku sekadar ingin berkongsi perasaan kagum dan rasa keinsafanku,betapa besarnya dan agungnya Allah swt. Dia memberi kebaikan kepada seluruh makhluk dengan seadil-adilnya.
Satu kejadian yang membuatkan aku tidak terlalu sedih dengan satu keperitan hidup,dengan satu kesedihan hidup. Ia nya hanya dengan peristiwa sebiji mangga kecil atau pauh.
Satu petang aku termenung terkenangkan kembali saat manis suka duka bersama orang yang aku sayangi yang kini telah pergi dari hidupku. Aku melihat pokok jambu yang ditanamnya kini sudah berbunga, ku lihat pokok pisang yang adik ku tanam sudah pun ditebang. kemudian aku terpandang pokok pauh yang dari jauh dapat kulihat ada beberapa yang sudah masak.
Aku mengajak adik ku yang kecil mek dik untuk ambil pauh-pauh tersebut. Ada tiga biji, 2 biji yang telah masak ranum dan sebiji yang masih belum ranum lagi. Dua biji kuberikan pada adik ku walaupun dihati ini berat nak bagi.Namun aku lebih suka kalau adik ku gembira menikmati pauh itu dari diriku.
Kemudian malam itu, tanpa disangka ma memberi ku 3 biji pauh yang lebih ranum kepadaku.
Aku tersenyum dalam hati bukan kerana aku dapat memakan pauh yang aku gemari tetapi aku tersenyum mengenangkan hidup ku,begitulah hidup.Jika hari ini aku pedih dan berasa sakit kerana aku ingin membuat kebaikan, aku yakin satu masa dan ketika aku akan berasa kemanisan hidup. Aku hanya perlu bersabar kerana keperitan itu tidak lama ia hanya untuk menguji.





0 comments:
Post a Comment