Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday, July 6, 2010

Perasaan kita

Posted by nuriman kasih

salam ukhwah dan kebahagian untuk semua sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang membaca penulisan ini. Semoga kalian di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya berharap kalian semua akan sentiasa cuba untuk memahami dan menghormati perasaan diri sendiri. Apakah perasaan ia adalah satu luahan rasa dari dalam jiwa (roh) didorong atas desakan dari luar sama ada kesedihan atau kegembiraan,kepiluan dan kedukaan, kesengsaraan dan kebahagiaan.

Kita tidak pernah cuba malahan saya sendiri untuk cuba membuka tingkap jiwa sendiri untuk meneroka kedalam ia,cuba untuk mengenali dan memahami apakah bebanan yang telah jiwa tempuhi dalam tempuh masa tertentu.Jika komputer atau laptop sudah barang pasti kita akan menghantar ke kedai untuk diformat bagi memulihkan semula pengoperasian perisian nya. Mengapakah kita sendiri tidak pernah cuba untuk memulihkan semula keadaan bebanan jiwa yang telah sekian lama berkhidmat bakti kepada kita saban tahun.

Erm, bagaimana kah nak format minda nie?kena hantar ke kedai kah?Sudah pasti tidak jawapannya.Saya cadangkan jika anda mempunyai stress jiwa melampau sila berjumpa pakar kaunselling atau pakar jiwa secepat mungkin,usah kita biarkan jiwa merana dan menderita.Kita masih memerlukan jiwa yang sihat selagi kita masih bernyawa. Tiada gunanya hidup ini jika kita tidak mempunyai jiwa yang sihat walaupun mempunyai akal yang waras yakni mampu menguruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Saya sendiri masih tercari-cari formula untuk menjadi insan yang mampu menguasai jiwa supaya kita mampu berdepan dengan apa jua cabaran dengan penuh tenang dan kesabaran.Dunia masa kini adalah dunia mencabar,dunia yang menuntut perubahan berlaku secara cepat sehingga belum pun sempat jiwa ingin menyesuaikan diri,telah berlaku perubahan drastik yang baru.Sedangkan jiwa kita masih belum bersedia untuk menghadapi perubahan itu.

Perkara terbaik adalah kita kena minta jiwa bertenang, dan cuba rehatkan minda sebentar dari kesibukan kerja atau apa jua permasalahan yang baru sahaja timbul. Kemudian kita jangan terlalu mengharap bahawa selepas selesai tugasan atau masalah ini tidak akan timbul lagi tekanan baru.Tolong jangan sesekali memikirkan keadaan seperti itu,kerana dunia sekarang berkehendakan kita berubah secara drastik.Jika kita beragama sila jadikan kepercayaan hati dan jiwa kepada Allah atau tuhan untuk menundukkan jiwa yang sedang marah akibat dari perubahan drastik. Mungkin kita tidak sedar bahawasanya jiwa kita sentiasa memberontak tiap kali berlaku keadaan memerlukan perubahan yang cepat. Selebihnya kita hadapi apa jua permasalahan yang mendatang dengan tenang kerana ia hanya datang sekali saja dengan penuh angkuh jika masalah itu datang untuk kali ke dua dan seterusnya ia tidaklah mempunyai kuasa ke atas jiwa dan diri kita.

Sayangi perasaan dan jiwa anda,tuntutan dunia masa kini yang memerlukan kita semua mempunyai jiwa dan minda yang cukup kuat untuk menghadapi cabaran dari lautan kehidupan yang penuh geloranya.

Wednesday, April 21, 2010

Sahabat?

Posted by nuriman kasih

Salam,
Kali ini saya ingin menulis tentang sahabat,siapa sahabat?apakah erti sahabat di hati saya sepanjang saya hidup?

SAHABAT=saya menganggap sahabat adalah antara golongan yang paling dekat dengan saya selain kedua ibu bapa saya. Menerima kelebihan dan kekurangan dengan berlapang hati.Namun, kerna kelemahan diri ini kadangkala saya terluka,kecewa dengan sikap sahabat saya kerana kekurangan diri mereka.

Saya menyayangi sahabat saya sama seperti saya sayang diri sendiri, sanggup saya berkorban harta benda malah nyawa. Namun,kekecewaan dalam diri ini semakin memuncak tika sahabat saya tidak mampu memahami perjuangan saya.Pegangan hidup saya adalah berjuang menegakan kebenaran Islam.biarpun saya ini bukan muslimah berjilbab labuh, saya tetap rasa terpanggil kerana sudah menjadi tanggungjawab muslim di dunia ini memelihara kebenaran Islam.

Saya kini lebih rela sendiri jika ada sahabat yang tidak mampu menerima siapa diri saya,berasa lemah,lemas dengan keadaan diri saya ini.

Terima kasih sahabat kerna telah menjadi sahabat ku selama ini, jika ukhwah di hati kita semua masih ada kita pasti bertemu lagi.InsyaAllah.

Saturday, March 27, 2010

Perumpamaan sebiji mangga

Posted by nuriman kasih

Salam

Aku sekadar ingin berkongsi perasaan kagum dan rasa keinsafanku,betapa besarnya dan agungnya Allah swt. Dia memberi kebaikan kepada seluruh makhluk dengan seadil-adilnya.


Satu kejadian yang membuatkan aku tidak terlalu sedih dengan satu keperitan hidup,dengan satu kesedihan hidup. Ia nya hanya dengan peristiwa sebiji mangga kecil atau pauh.


Satu petang aku termenung terkenangkan kembali saat manis suka duka bersama orang yang aku sayangi yang kini telah pergi dari hidupku. Aku melihat pokok jambu yang ditanamnya kini sudah berbunga, ku lihat pokok pisang yang adik ku tanam sudah pun ditebang. kemudian aku terpandang pokok pauh yang dari jauh dapat kulihat ada beberapa yang sudah masak.


Aku mengajak adik ku yang kecil mek dik untuk ambil pauh-pauh tersebut. Ada tiga biji, 2 biji yang telah masak ranum dan sebiji yang masih belum ranum lagi. Dua biji kuberikan pada adik ku walaupun dihati ini berat nak bagi.Namun aku lebih suka kalau adik ku gembira menikmati pauh itu dari diriku.


Kemudian malam itu, tanpa disangka ma memberi ku 3 biji pauh yang lebih ranum kepadaku.


Aku tersenyum dalam hati bukan kerana aku dapat memakan pauh yang aku gemari tetapi aku tersenyum mengenangkan hidup ku,begitulah hidup.Jika hari ini aku pedih dan berasa sakit kerana aku ingin membuat kebaikan, aku yakin satu masa dan ketika aku akan berasa kemanisan hidup. Aku hanya perlu bersabar kerana keperitan itu tidak lama ia hanya untuk menguji.

Thursday, March 25, 2010

Kentucky Fried Chicken

Posted by nuriman kasih


Salam


Hatiku rasa tidak sabar untuk pergi ke rumah ma,rumah ibu angkatku.Rindu rasa dihati untuk berjumpa dengan adik-adik ku, paling rindu nak jumpa mek dik....mek dik suka sangat nak jumpa sebab aku sudah janji nak belanja dia KFC, dia ingat sampai sekarang janji aku.


Aku pula sangat teruja untuk jumpa adik-adik ku itu,menghitung hari demi hari untuk esok...


Namun, perkara yang paling penting aku telah semakin baik, perasaanku semakin elok.Aku tidak lagi bersedih sehingga menyebabkan diri ku terjejas.


Aku tidak sabar untuk balik kampung berjumpa mak abah ku, jumpa sahabat-sahabatku...


Rindu.....namun disebalik kegembiraan ini masih ada lagi kesedihan.


Tuesday, March 23, 2010

Bercuti merehat kan minda mengeratkan hubungan

Posted by nuriman kasih



Rindu nya hati saya untuk balik kampung, saya ingin menghabiskan masa bersama kedua ibu bapa saya. Sudah lama saya tidak menjenguk mereka.


Rindu saya pada ma dan Abah di sini,saya akan melawat mereka juga. Adik-adik angkat saya,kak rindu sangat ingin berjumpa kalian.


Rindu sangat hati ingin berjumpa sahabat-sahabat yang telah lama terpisah,ingin aku melawat kalian.


Rindu ku pada satu kedamaian di hati,ingin mencari jawapan ingin sendiri mencari kepastian, ingin terus berada pada landasan hidup ini, ingin sentiasa ceria dan gembira untuk menghadapi setiap kemungkinan...

Sujudku...

Posted by nuriman kasih




Salam,


Aku terjaga di sepertiga malam, kerana aku tidur awal hari ini.Aku teringat kepada seorang hamba Allah,aku rindukan nya. Aku susah untuk kembali untuk menutup mataku. Apakah yang terbaik untuk aku menenangkan fikiran ku...

CARA YANG TERBAIK BAGI MASALAH DIATAS ADALAH:


Bersujud kepada Pencipta kita, tanyalah kepada diri wajarkah kita terjaga dimalam hari dan terkenangkan seorang hamba seperti kita juga.Tidak salah merindu tetapi biarlah berpada janganlah sampai waktu kerinduan kepada hamba mencuri waktu yang sepatutnya kita rindu kepada Allah swt.

Antara solat sunat yang aku suka doanya adalah solat sunat istikharah;

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripadaMU petunjuk yang baik dengan pengetahuan Mu yang luas, dan aku memohon agar diberikan kekuatan kepadaku dengan kekuatanMU, dan aku memohon kemurahan Mu yang luas, keran sesunguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai kuasa, dan Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui perkara ghaib.

Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa setiap perbuatan ku,keputusan ku,pilihan ku, baik bagiku, bagi aagamaku, kehidupanku, dan hari pembalasanku, maka berikan lah ia kepadaku dan permudahkan ia bagiku. Kemudian berikanlah keberkatannya kepadaku, Jika Engkau mengetahui perkara tersebut tidak baik untuk ku,agamaku,kehidupan ku dan hari pembalasanku, maka jauhkan lah ia dariku dan berikanlah kepada ku kebaikan di mana-mana saja,jadikan lah aku orang yang redha dengan pemberian itu. Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.

Inilah doa yang dianjurkan untuk kita membaca selepas solat tersebut,aku begitu tertarik dengan doanya,betapa kita meminta kepada Allah swt dengan penuh rendah diri kita bangun pada malam hari dan bersujud kepadaNya.

Kita kuatkan diri untuk menyentuh air yang dingin demi untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan Allah. Kita ini hambaNya,tiada sesuatu pun yang berhak menerima kerinduan dan cinta kita melainkan Dia. Dia sahaja yang akan menyandarkan kerinduan dan cinta kepada kita untuk insan lain.

Bersyukurlah jika kita masih punyai rasa bersalah dihati, punya rasa sedih, gembira dan duka. Bersyukurlah kerana kita masih bernafas dalam dunia ini dengan tidak membayar apa-apa. Kita berjalan dengan baik dibumi ini tanpa gangguan, kita masih mendapat manfaat dari matahari yang memanaskan kita di bumi ini.

Bersyukurlah...

KERISAUAN

Posted by nuriman kasih



Apakah itu kerisauan? Adakah ia satu perasaan yang tidak baik untuk kesihatan mental dan juga kualiti hidup kita? Kerisauan adalah satu perasaan yang baik sebagai respon diri terhadap sesuatu keadaan. Contohnya seorang atlet dia sangat risau untuk menghadapi satu kejohanan sukan, kerisauan itu akan mendorong dia untuk lebih bersedia menghadapi perlawanan dan dia akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu. Contoh lain pula, pelajar yang cemas ketika menghadapi peperiksaan akhir. Perasaan itu akan mendorong otak untuk bersedia menghadapi dengan cara menyiapkan diri dengan mengulangkaji pelajaran.

Kerisauan bukan sesuatu yang tidak baik ia baik untuk diri kita supaya kita akan lebih peka terhadap sesuatu keadaan.Takut juga adalah baik untuk mempertahan kan diri,bayangkan seseorang yang tidak takut langsung sudah pasti ia akan memudaratkan diri mereka sendiri.

Namun begitu, akan menjadi masalah apabila kerisauan ini menghadkan aktiviti kehidupan seharian kita,ia akan menyebabkan kualiti hidup semakin berkurangan. Apabila kualiti hidup tidak baik maka ia akan menjejaskan kehidupan kita secara total.

Terdapat cara-cara untuk mengatasi kerisauan ini,namun saya lebih suka untuk mengadaptasikan kepada cara kita orang islam.

1. Tidak lain lagi cara yang paling utama adalah kita lebih mendekatkan diri dengan Allah swt. untuk lebih baik sentiasa berwuduk. Kerisauan yang melampau boleh jadi datang dari godaan syaitan. Apabila kita sentiasa ingat Allah,kita akan lebih dipelihara dan dijaga.

2. Berbuat baik dan memaafkan. Perkara pertama jika kita masih ada ibu bapa, kita hendaklah lebih merapatkan hubungan dengan mereka.Kadang-kadang tidak tenang kerana ada perkara yang telah kita lakukan tanpa disedari telah melukakan hati mereka. Jika itu yang berlaku,pasti jiwa tidak tenang. Maka tindakan yang terbaik minta ampun dan bina semula kemesraan dengan mereka.

3. Elakan perkara,tempat atau individu yang boleh membuatkan kita risau.

4. Belajar untuk menerima sesuatu keadaan yang tidak menentu. Maksudnya,harus mendidik jiwa bahawa setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah swt, apa-apa sahaja boleh berubah dengan sekelip mata.Sama ada perubahan yang positif atau negatif kena menerima dengan tenang, atau boleh dikatakan konsep redha terhadap sesuatu perkara yang terjadi.

5. Mengamalkan cara hidup yang sihat,tidak merokok dengan jumlah yang banyak jika anda adalah perokok,jangan mengambil alkohol yang tinggi, memakan apa-apa sahaja pil yang dikatakan boleh memberi ketenangan,tidur dengan secukupnya dewasa 7 jam, tidak mengambil kafien dengan jumlah yang banyak.

Walaubagaimanapun setiap apa jua keadaan diri kita,kelemahan diri hanya kita yang tahu cara untuk memperbaikinya,kerana itu adalah diri kita.Belajar untuk kenali diri dan sayangi diri sendiri.Barulah kita akan menemui jawapan yang baik untuk kita.

(^_^)

Monday, March 22, 2010

Dengan Nama Tuhan Ku, Aku masih sendiri mencari jawapan.

Posted by nuriman kasih





Salam,

Surah Al-Baqarah ayat 6- 12

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,


"Sesungguhnya oran-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (muhammad) memberi peringatan atau tidak engkau beri peringatan,mereka tidak akan beriman." (6)


"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka,penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat." (7)


" DAn di antara manusia ada yang berkata,"kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman." (8)


" Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari." (9)


" Dalam hati mereka ada penyakit,lalu Allah menambah penyakitnya itu,dan mereka mendapat azab yang pedih,kerana mereka berdusta." (10)


" Dan apabila dikatakan kepada mereka,"janganlah berbuat kerosakan di bumi" mereka menjawab,"sesungguhnya kami ini orang-orang yang melakukan perbaikan." (11)


"Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan tetapi mereka tidak meyedari." (12)


WAHAI MANUSIA YANG MASIH KELIRU DENGAN KEBENARAN,YANG MASIH KESAMARAN DALAM DUSTA...MARILAH...MARILAH..KEMBALI LAH KEPADA JALAN YANG BENAR...

Aku tidak berdaya dan tidak akan mampu melihat derita jiwa mereka akibat dari kesongsangan perasaan ini,aku telah cuba untuk mengajak mereka untuk berada diatas landasan yang benar,namun aku tidak berjaya.

Aku tidak harus putus asa,selagi dunia ini masih berputar,selagi angin masih bertiup,selagi matahari masih bersinar,ku tahu masih ada harapan untuk ku membawa mereka kembali ke jalan Mu.







Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini,aku terasa ingin membuka tafsir kerana aku teringat satu ayat dari surah Fussilat, aku ingin membacanya untuk memujuk hati ku ini.Aku terdiam dan berasa tersentuh dengan maksud beberapa ayat dalam surah tersebut,Ia benar-benar memujuk hatiku ini.

" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata," Sungguh, aku termasuk orang -orang yang berserah diri?"ayat 33 surah Fussilat

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan.Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik,sehingga orang yang rasa permusuhan antara kamu itu akan seperti teman yang setia" ayat 34 surah Fussilat

"Dan sifat-sifat yang baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mendapat keberuntungan yang besar" ayat 35 surah Fussilat

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan satu godaan,maka mohonlah perlindungan kepada Allah.Sungguh Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" ayat 36 surah Fussilat


Ya Allah,Ya Tuhan ku Aku pohon keampunan kerana aku tidak sabar selama dua minggu ini,sedangkan setiap apa yang berlaku ini adalah ujian dariMu untuk aku.Aku seharusnya bersyukur atas nikmat ujian yang telah Kau berikan kepada ku ini.Tidak dapat aku bayangkan jika aku berada dalam keadaan yang tidak diuji,pasti aku akan melupakan Mu.YA Allah ampunilah dosa-dosaku.Kembalikan ku kepada Mu.Aku ingin berasa manisnya kerinduan ketika mengingatiMu, manisnya cinta ketika ku sujud padaMu..

Aku insaf Ya Allah,aku tidak akan membalas kejahatan dengan kejahatan,tetapi aku akan membalasnya dengan kebaikan.Sesungguhnya Engkau telah nyatakan tidak sama kejahatan dengan kebaikan itu,dan aku yakin insan yang pernah aku sayangi dulu akan kembali kepada jalanMu, akan kembali menjadi teman yang baik kepadaku..Aku akan bersabar dan terus mengharap dia kembali kepada Mu. Andai aku tersasar dari perjuangan ku,ingatkan lah aku,peliharalah aku dari godaan syaitan.Aku ini insan,hamba Mu yang lemah imannya...

Kembali berdarah luka di hati =(

Posted by nuriman kasih


Pagi tadi aku membuka email ku,di inboxnya aku melihat satu pesanan dari orang yang aku tidak nanti-nantikan pesanannya. Pesanan darinya sangat menyakitkan hati dan perasaan aku. Lantas aku menjawab aku tidak kenal siapa dirimu dan hantar.Tidak lama selepas itu dia membalas pesanan itu, kata-kata yang kesat dan menyakitkan dilemparkan kepadaku.Aku balas aku tidak kenal dia dan hantar. Aku menerima lagi balasan pesanan dari dia,kata-kata yang sama tetapi lebih kesat dan kurang ajar. Aku terdiam inikah manusia yang pernah aku beri kasih sayang dahulu, yang aku beri kepercayaan. Dia terlalu membenci ku kerana aku mengganggu keluarganya.Perlukah aku mengikut kata-kata orang tidak waras seperti dia dan memutuskan hubungan sesama islam.
Aku kehilangan sabar sehingga terlintas difikiran ku untuk mengenakan dia ilmu hitam.Aku terlalu geram,untunglah aku ini tidak pandai ilmu tersebut jika tidak memang sudah aku kenakan dia cukup-cukup dan aku pastinya akan dibakar api neraka di akhirat kelak kerana tidak mampu mengawal api kemarahan ku didunia ini. Bersyukur kepada Allah swt kerana aku masih dibawah perlindungan Mu Ya Allah,aku masih lagi mampu bersabar dengan sikapnya.Tetapi sampai bila?Andai dia memaki hamun ku lagi dengan kata-kata kesat adakah aku mampu untuk menahan kesabaranku. Biar masa menentukan segala-galanya.Aku berserah pada Mu Ya Allah lindungi aku dari amarahku.

Sunday, March 21, 2010

Dua minggu telah berlalu pergi...

Posted by nuriman kasih


Apakah dia dua minggu itu? Ia adalah masa yang telah saya bazirkan untuk memulihkan semula diri saya,mengembalikan semangat saya. Saya terlalu kecewa,kecewa dengan diri kerana tidak mampu untuk menyedarkan orang yang saya amat sayangi untuk kembali kepada jalan Allah swt. Saya menangis setiap hari,tidak makan mengikut masa kerana saya tidak mampu untuk menelan makanan.Ia terlalu pedih untuk saya menerima kenyataan, orang yang saya sayang, insan yang saya berikan kepercayaan telah pergi begitu sahaja dari saya hanya kerana saya ingin membawa dia kearah yang lebih baik.

Setelah dua minggu dia masih lagi mengirimkan pesanan dalam inbox facebook,memarahi saya mengganggu hidup dia.Sedangkan saya tidak pernah untuk hadir kali kedua dalam hidupnya lagi. Saya bukan lah seorang yang baik hati untuk menerima dia kembali seperti dulu jika dia telah berubah.Saya suka dia telah berubah dan berharap dia berubah tetapi saya tidak akan membiarkan diri saya dilukai kali kedua oleh insan seperti itu. Cukup lah sekali saya dilukai, saya masih tidak mampu untuk terima dia seperti dulu.Saya terlalu kecewa dan sangat terseksa dengan apa yang telah dia lakukan.

ERM...Apa yang ditulis diatas adalah luahan saya yang masih bersisa kekecewaan dan kesedihan. Saya cuba untuk memaakan dirinya, saya sayangkan dia,tidak pernah hati saya terbuka untuk sayang orang seperti dia. Selagi saya mampu berdoa,saya akan berdoa agar dia kembali ke jalan yang diredhai.Saya Harus tanamkan dalam hati, Hidayah itu adalah milik Allah swt, ia adalah pemberian yang sangat berharga bagi hamba-hamba Nya yang menyedari dan bersyukur kepadaNya. Semoga dia juga akan mendapat hidayah dan taufik dari Allah swt.

Saturday, March 20, 2010

sambungan luahan hati...

Posted by nuriman kasih

Saya mengakui saya juga bersalah dalam hal ini,salah saya tidak tegas dan tk mampu nak berkeras dengan mereka yang saya sayang.Atas kelemahan saya itu,saya mengikut sahaja kehendak mereka sehingga satu tahap saya sudah tidak tahan lagi baru saya bersuara.Namun ia sudah terlambat, ia tidak mengubah apa-apa lagi.
Allah menguji saya dengan kasih sayang, diberi saya nikmat kasih sayang tetapi saya tidak menguruskan nikmat itu dengan sebaiknya.Apabila diambil semula saya berasa sedih,kecewa dan pilu.Sedangkan ia adalah milik Allah swt.
Ujian yang paling pedih dalam hidup saya adalah dibenci oleh orang yang saya sayang dan menyayangi saya. Terlalu pedih hati ini untuk menerima ketentuan itu,namun Allah lebih mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya berasa ia tidak adil padahal itu adalah yang terbaik untuk saya sedang saya tidak mengetahui hikmahnya.

Sambungan dari kisah sebelum ini...

Posted by nuriman kasih

Saya bukan ingin membuka aib sesiapa tetapi ini adalah luahan hati saya sendiri yang tidak mampu untuk menangung kesakitan jiwa kerana melihat orang yang pernah saya sayangi menjadi sebahagian dari mereka. Saya dipinggirkan oleh sahabat-sahabat kerana bersama dengan mereka.Namun akhirnya mereka tetap tidak berubah malah memarahi saya dengan kata-kata kesat. Mereka langsung tidak menghargai kasih sayang dan pengorbanan yang saya lakukan untuk melihat mereka kembli kepada jalan kebenaran.

Berbagai-bagai pendekatan yang saya lakukan namun tidak mendatangkan apa-apa kesan,adakah hati mereka telah tertutup untuk melihat kebenaran?

bersambung...


Salam,Add Image

Saya sangat tertarik dengan maksud surah Al-baqarah mula ayat 6 hingga ayat 16. Ia amat memberi kesan kepada hati saya.Menginsafkan diri saya dalam perjuangan saya mempertahankan Islam. Saya bukan lah seorang pendakwah atau Ustazah tapi saya adalah khalifah di muka bumi ini, mencegah kemungkaran membuat kebaikkan. Saya akui saya mempunyai kelemahan diri, terlalu sedikit ilmu dalam hati ini tentang Allah swt, namun adakah itu menghadkan saya untuk mempertahankan kebenaran atau menunjukkan rasa cinta saya kepada pencipta saya?

Melihat fenomena remaja masa kini saya banyak berfikir apakah yang akan terjadi pada masa akan datang. Masalah keruntuhan akhlak remaja semakin hari semakin merungsingkan saya. Apakah akan terjadi pada masyarakat kita andai keadaan ini terus menerus dibiarkan. Saya cukup terkejut dan terperanjat apabila melihat keadaan di bandar besar budaya gay,lesbian itu adalah perkara biasa dikalangan remaja. Mereka menganggap apa mereka lakukan tidak menyalahi peraturan. Ya Allah Ya Tuhanku, kenapakah aku diuji untuk melihat keruntuhan ini...aku terlalu lemah untuk menghalang mereka.Aku juga sendiri dalam perjuanganku.

Amat kecewa saya melihat golongan ini tidak segan silu, malahan bangga dengan pasangan masing-masing.Saya bukan menghina mereka tetapi mengutuk perangai mereka. Tidakkah dihati mereka ada perasaan bersalah,tidak terdetik kah mereka apa yang mereka lakukan adalah berdosa besar.

bersambung....

Pengenalan diri

Posted by nuriman kasih


SALAM UNTUK DIRIKU DAN KEPADA YANG MEMBACA,SEMOGA SAMA2 MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEREDHAAN.

Namaku Siti Norhajah hashim,dilahirkan pada 25 ogos 1985 disebuah kampung yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar Seremban jika menaiki kenderaan beroda empat. Kampung ku bernama Kampung Rembang Panas.Aku mendapat pendidikan awal di sekolah Rendah Kebangsaan Rembang Panas. Selepas itu aku bersekolah di sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir. Tamat tingkatan lima aku meneruskan pelajaranku ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Tuanku Muhamad Kuala Pilah. Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Biodiversiti, tamat pengajianku di sana aku telah dan kini menyambung pengajian ku di Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian,Kelantan dalam bidang sains saraf. Aku bercita-cita untuk melanjutkan lagi pengajianku ke peringkat Doktor Falsafah.

Aku suka mencari ilmu dan mengetahui sesuatu perkara yang baru,sesuatu yang mencabar dan susah. Itu adalah kedegilanku, aku mencari sesuatu yang boleh mencabar diriku ini.Namun, perkara yang paling berharga dalam hidup adalah pengalaman, itulah guru yang paling berharga. Walau sejauh mana kita pergi,janganlah dilupa kedua ibubapa kita, jangan kita lupa pada Pencipta kita yakni Allah swt. Hanya kepada Dia tempat kita berserah diri apabila kita sendirian di bumi ini.